Pengenalan
Kontrak Pemasaran ialah satu ikatan persetujuan di antara pengeluar dan FAMA, di mana FAMA bersetuju memasarkan hasil pertanian yang dibekalkan oleh pengeluar dengan syarat-syarat yang dipersetujui bersama.
Melalui kontrak pemasaran ini, pengeluar hasil-hasil pertanian akan dapat memberi tumpuan kepada usaha pengeluaran, sementara aktiviti pemasaran dikendalikan oleh FAMA.
Pengkhususan tugas ini dirancang supaya dapat meningkatkan keyakinan pengeluar dan boleh menaikkan kadar produktviti serta kualiti hasil yang dikeluarkan.
Perkhidmatan pemasaran yang disediakan oleh FAMA termasuk perkhidmatan sokongan seperti penyebaran maklumat pasaran, dan penyediaan kemudahan infrastruktur seperti Pusat Pengumpulan Ladang, Pusat Pemasaran dan Pusat Pengedaran. Perkhidmatan-perkhidmatan ini dibentuk supaya dapat membantu pengeluar mengeluarkan hasil pertanian yang berkualiti dan yang dapat memenuhi kehendak pasaran.
Matlamat
Program kontrak pemasaran diadakan dengan matlamat-matlamat berikut:

- Untuk mewujudkan luang pasaran yang terjamin kepada pengeluar yang terlibat di dalam pengeluaran hasil pertanian.
- Menyediakan bekalan produk pertanian yang berkualiti secara berterusan di pasaran.
- Menyediakan bekalan yang seimbang supaya harga keluaran pertanian dapat distabilkan.
- Mempercepatkan proses pembinaan teknologi dan sistem pelabelan hasil pertanian.
- Untuk membangunkan usahawan tani yang berdaya maju.
No comments:
Post a Comment