1. Konsep Jaminan Pasaran Ikut Peratus
- Pengeluar menggunakan modalnya sendiri dalam sesuatu projek pertanian.
- Belian FAMA tidak melebihi 50% dari jumlah hasil yang dikeluarkan. Perkiraan 50% berdasarkan hari kutipan.
- Sebagai contoh, keluaran hasil pertama 100% pengeluaran dijual kepada FAMA dan keluaran hasil kedua 100% dijual kepada pembeli lain, atau sebaliknya, sehingga habis keluaran.
- Belian FAMA berdasarkan kuantiti, gred, varieti, kualiti dan spesifikasi yang telah ditetapkan.
- Kaedah ini sesuai digunakan oleh pengeluar komersil yang telah mempunyai pasaran sedia ada, tetapi ingin meningkatkan pengeluaran serta menambah luang pasarannya.
- Pengeluar menggunakan modalnya sendiri untuk mengusaha projek pertanian.
- FAMA bertanggungjawab membeli semua hasil keluaran yang memenuhi spesifikasi yang telah dipersetujui bersama.
- Pengeluar tidak boleh menjual hasil kepada pembeli lain.
- Kaedah ini sesuai digunakan oleh pengeluar yang berkeupayaan dan mempunyai modal untuk mengusahakan projek pertanian sendiri, tetapi belum mempunyai luang pasaran untuk hasil yang dikeluarkan.
- FAMA akan membiayai modal dalam bentuk benih keluaran pertanian terpilih atau makanan ternakan sahaja.
- Pengeluar bertanggungjawab mengeluarkan hasil pertanian dan FAMA akan membeli hasil keluaran yang memenuhi spesifikasi yang telah dipersetujui bersama.
- Pengeluar tidak boleh menjual hasil keluaran kepada pembeli lain.
- Pengeluar akan mendapat pulangan setelah ditolak kos modal yang dibekalkan oleh FAMA.
- Kaedah ini sesuai digunakan oleh pengeluar yang berpengalaman dan memiliki tanah sendiri, tetapi tidak mempunyai modal yang mencukupi serta tiada saluran pasaran.
Cara Pembayaran Balik :
Bagi projek pertanian yang mengeluarkan hasil sekali sahaja, bayaran balik modal FAMA perlu dibuat sepenuhnya semasa hasil pertanian tersebut dijual. Cara pembayaran balik adalah seperti jadual di bawah:
Belian Hasil Peratusan Bayaran / Potongan
- Kali Pertama 30% daripada nilai invois belian (70% dipulangkan kepada pengeluar)
- Kali Kedua 30% daripada nilai invois belian (70% dipulangkan kepada pengeluar)
- Kali Ketiga 40% daripada nilai invois (60% dipulangkan kepada pengeluar)
- Kali Keempat dan seterusnya 40% daripada nilai invois belian (60% dipulangkan kepada pengeluar)
Pengeluar yang dibiayai FAMA dan tidak mendapat hasil akibat bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya dikira masih berhutang dengan FAMA sehingga pembayaran selesai dibuat.
Dalam hal ini, pengeluar dinasihatkan supaya menyambung projeknya sehingga berjaya. FAMA boleh mengeluarkan pembiayaan kali kedua kepada pengeluar tersebut, tertakluk kepada percapaian, kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan.
Bagi pemberian wang pendahuluan kedua, Pejabat FAMA Negeri mesti mendapat persetujuan daripada Ibu Pejabat FAMA terlebih dahulu dengan memberi maklumat lengkap seperti tahap pelaksanaan projek, kuantiti dan kualiti hasil keluaran, serta kesungguhan dan minat petani bagi meneruskan kerjasama dengan pihak FAMA
Pembiayaan benih dan pendahuluan wang tunai yang diberi kepada pengeluar tidak dikenakan apa-apa faedah.
Kumpulan Sasaran :
- Petani/Peladang/Penternak individu
- Projek berkelompok
- Pengeluar komersil
- Projek-projek di bawah agensi kerajaan
Perkhidmatan Sokongan FAMA :
1. Kemudahan infrastruktur
Infrastruktur disediakan di peringkat ladang bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan pemasaran. Kemudahan yang disediakan ialah Pusat Pengumpulan Ladang yang berfungsi sebagai tempat menjalankan aktiviti pengendalian lepas tuai, penggredan, pembungkusan dan pelabelan. Peralatan yang sesuai akan disediakan mengikut keperluan aktiviti pengendalian tersebut.
2. Maklumat Pasaran
Maklumat pasaran disediakan sebagai panduan dan bahan rujukan bagi memudahkan pengeluar membuat keputusan berkaitan dengan pengeluaran dan pemasaran. Maklumat pasaran yang disediakan adalah seperti berikut:
- Maklumat harga (di peringkat ladang, borong dan runcit)
- Maklumat bekalan dan permintaan
- Kajian potensi pasaran
- Senarai perantara pasaran
3. Khidmat Nasihat dan Rundingan
Khidmat nasihat disediakan bagi membantu dan memudahkan pengeluar membuat keputusan memilih jenis tanaman atau ternakan yang ingin diusahakan dan yang memenuhi keperluan dan kehendak pasaran. Panduan pemasaran juga disediakan bagi memudahkan pengeluar memasarkan hasil keluarannya dengan lebih berkesan.
4. Penerokaan dan Pembangunan
PasaranPenerokaan dan pembangunan pasaran dijalankan secara berterusan bagi memastikan pengeluar mendapat pasaran bagi hasil yang dikeluarkannya. Aktiviti ini dijalankan di dalam dan di luar negara melalui misi perdagangan, promosi, pameran, ekspo dan lawatan.
Permohonan Menyertai Kontrak Pemasaran
Semua pemohon yang ingin menyertai program ini perlu mengemukakan borang permohonan KP-1. ke pejabat FAMA yang berdekatan. Pemohon perlu menandatangani perjanjian sekiranya permohonannya diluluskan.
Syarat Kelayakan :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pengeluar sepenuh masa
- Pemilikan tanah yang sah
- Berpengalaman dalam bidang yang diceburi
Jenis - Jenis Ikan Yang Di Beri Tumpuan :
- Ikan Keli (Keli Exotik dan Keli Bunga )
- Ikan Talapia (Talapia Merah)
- Ikan Patin
- Udang (Udang Galah)
No comments:
Post a Comment