Tuesday, April 7, 2009

AGRO Bank Product

PINJAMAN/PEMBIAYAAN
Agrobank menawarkan kemudahan kredit yang menarik dalam semua aspek untuk memoden dan membangunkan sektor pertanian, penternakan dan perikanan di dalam negara.

SYARAT UMUM
Laman ini menerangkan secara ringkas kemudahan yang ditawarkan oleh Agrobank. Bakal pelanggan yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai kemudahan pinjaman Agrobank dinasihatkan menghubungi mana-mana cawangan Agrobank atau merujuk terus ke Ibu Pejabat Agrobank di Kuala Lumpur.

TUJUAN
Kemudahan pembiayaan adalah bertujuan menyediakan modal kepada individu / syarikat bagi memula projek pertanian baru atau mengembangkan projek sedia ada.

SKOP PEMBIAYAAN PERTANIAN
Semua jenis aktiviti pertanian yang bermula daripada pengeluaran, pemprosesan, pembuatan dan pemasaran merangkumi aktiviti huluan dan hiliran. Sektor pertanian adalah meliputi penanaman, perhutanan, perikanan, penternakan dan bidang-bidang berkaitan dengan pertanian, umpamanya pelancongan tani.

SKIM MODAL USAHAWAN TANI (MUST)
Skim Modal Usahawan Tani adalah merupakan lanjutan dari Skim Kredit Mikro (SKM) yang telah diperkenalkan oleh Agrobank kepada peminjam yang mengusahakan projek pertanian dan industri asas tani.
TUJUAN
Menyediakan kemudahan kredit kepada Usahawan Mikro yang menjalankan aktiviti pengeluaran, pemprosesan, perkhidmatan, pemasaran dan keperluan kepenggunaan bagi semua sektor ekonomi.

SYARAT - SYARAT ASAS

  • Had Pembiayaan sehingga RM50,000
  • Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun
  • Kadar faedah 1.25% sebulan
KELAYAKAN PINJAMAN
  • Untuk PEMBESARAN perniagaan atau projek.
  • Merupakan usahawan individu atau berkumpulan yang menjalankan projek separuh masa/sepenuh masa.

Rebat 20% atas faedah yang telah dibayar
KE ARAH USAHAWAN GEMILANG

No comments: