Sunday, March 29, 2009

Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA) Office :

Pejabat FAMA Negeri Pahang
Km. 9 Jalan Gambang25150,
Kuantan Pahang.
Tel: 09-5366110/113/114/115
Faks: 09-5366106/109

Pejabat FAMA Daerah Maran
Pusat Pemasaran & Pemerosesan Hasil Pertanian
KM 3, Jalan Maran-Temerloh,
26500 Maran,Pahang.
Tel: 09-4771353
Faks: 09-4774617

Pejabat FAMA Daerah Jerantut
D/A Kompleks Bilik Sejuk FAMA Jerantut,
Batu 1, Jalan Kuantan,
27000 Jerantut, Pahang.
Tel: 09-2663622
Faks: 09-2667401

Pejabat FAMA Daerah Temerloh
No. 323C Bangunan LKNP,
Jalan Kuantan 28000 Temerloh,
Pahang.
Tel: 09-2961530
Faks:09-2963502

Kaedah Pemasaran Kontrak (FAMA)

Kontrak pemasaran dilaksanakan melalui tiga cara seperti berikut:

1. Konsep Jaminan Pasaran Ikut Peratus
  • Pengeluar menggunakan modalnya sendiri dalam sesuatu projek pertanian.
  • Belian FAMA tidak melebihi 50% dari jumlah hasil yang dikeluarkan. Perkiraan 50% berdasarkan hari kutipan.
  • Sebagai contoh, keluaran hasil pertama 100% pengeluaran dijual kepada FAMA dan keluaran hasil kedua 100% dijual kepada pembeli lain, atau sebaliknya, sehingga habis keluaran.
  • Belian FAMA berdasarkan kuantiti, gred, varieti, kualiti dan spesifikasi yang telah ditetapkan.
  • Kaedah ini sesuai digunakan oleh pengeluar komersil yang telah mempunyai pasaran sedia ada, tetapi ingin meningkatkan pengeluaran serta menambah luang pasarannya.
2. Konsep Jaminan Pasaran 100 Peratus
  • Pengeluar menggunakan modalnya sendiri untuk mengusaha projek pertanian.
  • FAMA bertanggungjawab membeli semua hasil keluaran yang memenuhi spesifikasi yang telah dipersetujui bersama.
  • Pengeluar tidak boleh menjual hasil kepada pembeli lain.
  • Kaedah ini sesuai digunakan oleh pengeluar yang berkeupayaan dan mempunyai modal untuk mengusahakan projek pertanian sendiri, tetapi belum mempunyai luang pasaran untuk hasil yang dikeluarkan.
3. Konsep Perkongsian Modal
  • FAMA akan membiayai modal dalam bentuk benih keluaran pertanian terpilih atau makanan ternakan sahaja.
  • Pengeluar bertanggungjawab mengeluarkan hasil pertanian dan FAMA akan membeli hasil keluaran yang memenuhi spesifikasi yang telah dipersetujui bersama.
  • Pengeluar tidak boleh menjual hasil keluaran kepada pembeli lain.
  • Pengeluar akan mendapat pulangan setelah ditolak kos modal yang dibekalkan oleh FAMA.
  • Kaedah ini sesuai digunakan oleh pengeluar yang berpengalaman dan memiliki tanah sendiri, tetapi tidak mempunyai modal yang mencukupi serta tiada saluran pasaran.

Cara Pembayaran Balik :

Bagi projek pertanian yang mengeluarkan hasil sekali sahaja, bayaran balik modal FAMA perlu dibuat sepenuhnya semasa hasil pertanian tersebut dijual. Cara pembayaran balik adalah seperti jadual di bawah:

Belian Hasil Peratusan Bayaran / Potongan

  • Kali Pertama 30% daripada nilai invois belian (70% dipulangkan kepada pengeluar)
  • Kali Kedua 30% daripada nilai invois belian (70% dipulangkan kepada pengeluar)
  • Kali Ketiga 40% daripada nilai invois (60% dipulangkan kepada pengeluar)
  • Kali Keempat dan seterusnya 40% daripada nilai invois belian (60% dipulangkan kepada pengeluar)

Pengeluar yang dibiayai FAMA dan tidak mendapat hasil akibat bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya dikira masih berhutang dengan FAMA sehingga pembayaran selesai dibuat.

Dalam hal ini, pengeluar dinasihatkan supaya menyambung projeknya sehingga berjaya. FAMA boleh mengeluarkan pembiayaan kali kedua kepada pengeluar tersebut, tertakluk kepada percapaian, kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan.

Bagi pemberian wang pendahuluan kedua, Pejabat FAMA Negeri mesti mendapat persetujuan daripada Ibu Pejabat FAMA terlebih dahulu dengan memberi maklumat lengkap seperti tahap pelaksanaan projek, kuantiti dan kualiti hasil keluaran, serta kesungguhan dan minat petani bagi meneruskan kerjasama dengan pihak FAMA

Pembiayaan benih dan pendahuluan wang tunai yang diberi kepada pengeluar tidak dikenakan apa-apa faedah.

Kumpulan Sasaran :

  • Petani/Peladang/Penternak individu
  • Projek berkelompok
  • Pengeluar komersil
  • Projek-projek di bawah agensi kerajaan

Perkhidmatan Sokongan FAMA :

1. Kemudahan infrastruktur

Infrastruktur disediakan di peringkat ladang bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan pemasaran. Kemudahan yang disediakan ialah Pusat Pengumpulan Ladang yang berfungsi sebagai tempat menjalankan aktiviti pengendalian lepas tuai, penggredan, pembungkusan dan pelabelan. Peralatan yang sesuai akan disediakan mengikut keperluan aktiviti pengendalian tersebut.

2. Maklumat Pasaran

Maklumat pasaran disediakan sebagai panduan dan bahan rujukan bagi memudahkan pengeluar membuat keputusan berkaitan dengan pengeluaran dan pemasaran. Maklumat pasaran yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Maklumat harga (di peringkat ladang, borong dan runcit)
  • Maklumat bekalan dan permintaan
  • Kajian potensi pasaran
  • Senarai perantara pasaran

3. Khidmat Nasihat dan Rundingan

Khidmat nasihat disediakan bagi membantu dan memudahkan pengeluar membuat keputusan memilih jenis tanaman atau ternakan yang ingin diusahakan dan yang memenuhi keperluan dan kehendak pasaran. Panduan pemasaran juga disediakan bagi memudahkan pengeluar memasarkan hasil keluarannya dengan lebih berkesan.

4. Penerokaan dan Pembangunan

PasaranPenerokaan dan pembangunan pasaran dijalankan secara berterusan bagi memastikan pengeluar mendapat pasaran bagi hasil yang dikeluarkannya. Aktiviti ini dijalankan di dalam dan di luar negara melalui misi perdagangan, promosi, pameran, ekspo dan lawatan.

Permohonan Menyertai Kontrak Pemasaran
Semua pemohon yang ingin menyertai program ini perlu mengemukakan borang permohonan KP-1. ke pejabat FAMA yang berdekatan. Pemohon perlu menandatangani perjanjian sekiranya permohonannya diluluskan.

Syarat Kelayakan :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pengeluar sepenuh masa
  • Pemilikan tanah yang sah
  • Berpengalaman dalam bidang yang diceburi

Jenis - Jenis Ikan Yang Di Beri Tumpuan :

  • Ikan Keli (Keli Exotik dan Keli Bunga )
  • Ikan Talapia (Talapia Merah)
  • Ikan Patin
  • Udang (Udang Galah)

Kontrak Pemasaran Produk Segar (FAMA)

Pengenalan
Kontrak Pemasaran ialah satu ikatan persetujuan di antara pengeluar dan FAMA, di mana FAMA bersetuju memasarkan hasil pertanian yang dibekalkan oleh pengeluar dengan syarat-syarat yang dipersetujui bersama.

Melalui kontrak pemasaran ini, pengeluar hasil-hasil pertanian akan dapat memberi tumpuan kepada usaha pengeluaran, sementara aktiviti pemasaran dikendalikan oleh FAMA.

Pengkhususan tugas ini dirancang supaya dapat meningkatkan keyakinan pengeluar dan boleh menaikkan kadar produktviti serta kualiti hasil yang dikeluarkan.

Perkhidmatan pemasaran yang disediakan oleh FAMA termasuk perkhidmatan sokongan seperti penyebaran maklumat pasaran, dan penyediaan kemudahan infrastruktur seperti Pusat Pengumpulan Ladang, Pusat Pemasaran dan Pusat Pengedaran. Perkhidmatan-perkhidmatan ini dibentuk supaya dapat membantu pengeluar mengeluarkan hasil pertanian yang berkualiti dan yang dapat memenuhi kehendak pasaran.

Matlamat
Program kontrak pemasaran diadakan dengan matlamat-matlamat berikut:
  • Untuk mewujudkan luang pasaran yang terjamin kepada pengeluar yang terlibat di dalam pengeluaran hasil pertanian.
  • Menyediakan bekalan produk pertanian yang berkualiti secara berterusan di pasaran.
  • Menyediakan bekalan yang seimbang supaya harga keluaran pertanian dapat distabilkan.
  • Mempercepatkan proses pembinaan teknologi dan sistem pelabelan hasil pertanian.
  • Untuk membangunkan usahawan tani yang berdaya maju.

Oxygenation Tech Info

Dissolved oxygen levels in aquaculture water are consumed through the respiration of fish and by the bacteriological degradation of organic matter. As fish densities increase, supplementation of the dissolved oxygen may be required to sustain a healthy environment for the fish. This process, called oxygenation, may be achieved through the use of specialized gas transfer equipment.
When a gas is in contact with water, the gas will continue to transfer in or out of the water at the water surface until equilibrium is reached. This point is the saturation concentration of the gas. The saturation concentration depends primarily on the temperature, pressure and the gas composition.
Surface area is increased through one of two ways. Either the water is broken up into thin films or small streams or droplets, or the gas is broken up into small bubbles. The surface area is proportional to the size of the droplet or bubble; small bubbles have more surface area per unit volume than large bubbles.
Under normal conditions, oxygen is approximately 21% of the total gas in air. Increasing the concentration of oxygen in an atmosphere will proportionately increase the saturation concentration of dissolved oxygen in water. Oxygenation systems typically use an input of pure (or almost pure) oxygen which allows for greatly increased oxygen levels over systems that use an input of air (with only 21% oxygen). Discharge of water with the resulting high concentration of dissolved oxygen into culture tanks, which are open to the air, means that the water could be “supersaturated” with oxygen. If the fish (and associated bacteria) do not consume the excess oxygen, oxygen transfer from the water out to the air will occur in the culture tanks. Normally, however, rapid mixing with under-saturated water prevents the excess oxygen from coming out of solution.

Wednesday, March 18, 2009

Loan Institution

Ibu Pejabat AGRO Bank
Lebuh Pasar Besar,
Peti Surat 10815,
50726 Kuala Lumpur
Tel : 03-2731 1600
Faks : 03-26914908
Web : www.bpm.com.my

Majlis Amanah Rakyat
Bangunan Medan Mara,
No 21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
Tel : 03-26915111
Faks : 03-26913620
Web : www.mara.gov.my

Yayasan TEKUN Nasional
No. 2 Wisma Matmunap,
Jalan 4/146 Metro Centre,
Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur
Tel : 03-90588550
Web : www.tekun.gov.my

Aquaculture Advisory Center

Jabatan Perikanan Malaysia

Aras 1-7 Blok 4G2 Wisma Tani,
Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628 Putrajaya,

or Pejabat Perikanan Negeri dan Daerah di laman web www.dof.gov.my